Tuesday, May 8, 2012

terkedu, FULLSTOP

Dia menangis lagi . Entah dimana silapnya . Air mata itu mengalir buat kesekian kalinya .

“argh , poyo la nak nangis nangis ni” bentak hatinya . Namun begitu , air mata tetap jugak tidak berhenti mengalir . Dia rindu, rindu sangat sangat . Tapi rindu itu hanya mampu disimpan jauh jauh dalam hati . Jauh sekali . Mungkin belum masanya lagi ALLAH nak meleraikan rasa rindu itu . Dia pasrah. Tabah . Cuba mengelak untuk mengambil tahu apa pun tentang seseorang itu .

Kerap kali sahabat bertanya . “macam mana kau dgn ‘tutttt’ sekarang ni?” oh sahabat , tahukah kalian bahawa hati ini juga meronta ronta untuk mengetahui tentang jawapan itu . Dia tidak pasti . Hubungan yang dulunya elok , molek bak kata orang pantai timur kini ibarat digantung tanpa bertali . Atau mungkin tidak pernah pun bertali . Hanya bergantung atas angin . Apa yang boleh dia lakukan ?

Kau datang dan pergi ohh begitu saja … susah untuk dia jatuh suka , jatuh cinta . Bila ada yang terkenan , banyak pula halangannya . Manakan tidak , belum pun ada hubungan apa apa lagi dia sudah diberitahu oleh seorang yang bernama wanita bahawa dia juga suka pada seseorang itu . Face-to-face . Apa lagi , hatinya cepat berserah . Acap kali begitu . Namun seseorang itu pula seolah olah memberi harapan . Benci ! Harapan yang belum tentu pasti , tapi dia terjerat . Luaran keras dalaman lembut . Nilah jadinya . Salahkan hati ? Tidak sekali .

Bukak FB… dulu tercari tercari status , komen , gambar or any update tentang seseorang itu . Tapi sejak dua menjak ini atau telah lebih dua bulan lebih dia tidak berbuat begitu . Nampak sangat tidak mahu berharap lagi . Tapi lagi , seseorang itu ibarat chipsmore . Sekejap ada, sekejap hilang . Sekejap muncul tanpa diundang , pergi juga tanpa dihalau . Hati , terjerat lagi . Susah betul jaga hati -.-''

Bila ke kuliah , seringkali terserempak . Bukan dari jauh , tapi dari sebelah . Macam dalam movie ada scene lelaki dan perempuan lalu sebelah tapi tak perasan atau tak nampak . Tapi dia … dia terpaksa buat buat tak nampak . Sedangkan sudah terang lagi bersuluh seseorang itu pandang dan senyum pada dia . Dia ? Berlagak tengah bersembang lah , baca surat khabar lah , betulkan tudung lah . Kelakar . Nampak bebenor berlakon . Terpaksa . Tidak mahu hati terus berharap .

Baru sekejap tadi , sedang dia menatap buku mengulangkaji untuk ujian . Masuk mesej . Berhenti fokus . Buka mesej . Baca . Terkedu . Mesej dari seseorang itu . Setelah sekian lama . Tapi tetap berlagak selamba , balas dengan nada gurauan . Seperti biasa . Seseorang itu mengenali dia sebagai seorang yang funny , happy-go-lucky . Sekali lagi , terpaksa . Namun kali ini air mata mengalir sama dengan mesej yang di-reply . Haha . Macam kartun . Terus stop study . Masuk bilik . Siap siap untuk tidur . Berharap tiada mimpi buruk .

Untuk seseorang itu , terima kasih untuk segalanya . Segala yang diberi , dikongsi , digaduhkan sangat sangat bermakna walau hanya sekejap . Tahniah kerana berjaya membuat dia tersenyum . Still like you, especially your eyes. Kini , memegang kata pepatah " takkan lari gunung dikejar " .Till then, assalamualaikum.

No comments: